Followers

Sunday, April 3, 2011

.:: HasbiyALLAH ::.

Salam semua...
may ALLAH bless us always... amin~
my daddy da bg kmi tgk 1 crmah dri internet oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin..
tajuk ceramah tu MENCARI SAKINAH (ketenangan)..
best sgt... sgt brmakna...
sya nak kongsi kat sini...



Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib di sini...
merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...

"Ramai org tersalah sangka tentang maksud kaetenangan dalam hidupnya..
selalu org mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan..
walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya..
betapa ramai org yg berada dlm rumah yg besar, tidur di atas katil yg empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak enak..
bahkan ada org yg tidur di pondok buruk, kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita..
ada org yg berada di hadapannya hidangan yg hebat, lauk pauk yg bagus tetapi lidahnya tidak enak..
lebih enak lagi org yg makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..
kata HAMKA, lihatlah bagaimana ALLAH menbahagi-bahagikan nikmat..
semua org sangka kalau org itu ada rumah besar, ada makanan yg sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang.. BELUM TENTU!"

Tiada siapa yg mampu menghalang ketetapan ALLAH SWT..

"Jika ALLAH hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun..
Jika ALLAH menghalang kabahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..
Jika ALLAH uruskan urusan kita dan ALLAH tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi tidak boleh mencabar kebasaran ALLAH..
Jika ALLAH mengatur untuk kita apa yg org sangka tewas kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH..
Apa yg org rasa rugi ALLAH akan memberikan keuntungan yg mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi ALLAH boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan.."

Apabila kita asyik menguluh setiap kali ditimpa musibah..

"Tengoklah dunia ini, kadang-kadang manusia dia hilang satu benda ini daripada dunia, kadang-kadang mcm dia hilang segala-galanya..
berapa bnyk dlm hidup kita telah melalui keperitan hidup??
Cuba ingat!
ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya..
tapi hari ini ALLAH telah mengeluarkan kita dalam keadaan yg baik..
ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata 'Habislah aku kali ni'..
tapi usia kita telah berjalan, kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurnian dlm hidupan ini..
ketika kita kata, 'Ya ALLAH tolonglah aku, ya ALLAH tolonglah aku, aku susah ya ALLAH'
hari ini kita telah lupa perkataan itu..
dan kita pun kadang-kadang lupa untuk bersyukur di atas pelbagai ranjang hidup yg telah ALLAH keluarkan kita daripadanya.."

"Org-org yg diberitahu kepada mereka, 'Nun org ramai sedang b'kumpul utk ambil tindakan kepada kau'..
kata ALLAH iman dia bertambah..
bukan kita kata, 'Pasal apa la ALLAH benci aku? Apalah dosa aku?'
bukan-bukan!
kata Quran iman mereka bertambah..
mereka kata 'Cukuplah bagi kami ALLAH, DIA lah sebaik-baik tempat diserahkan segala urusan'
(maksud & ulasan dari Surah Ali Imran (3) 173)"

Pengalaman sering mematangkan kita..

"sesiapa yg tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya..
org-org yg pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal..
bila hati insan bulat kepada ya rabb,
'Ya ALLAH aku serahkan urusan ini kepadaMu ya ALLAH'.."

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..

"Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasa dunia ini sangat kecil..
Kehidupan ini sangat luas..
Nabi sebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, ALLAH bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini...
ALLAH ambil dia, ALLAH masukkan dia ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan..
lalu ditanya, 'Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?'..
dia kata, 'Tak! Aku tak pernah rasa derita dalam hidup ini'..
Hanya kerana masuk sekalip mata dalam syurga, lupa cerita derita..
ALLAH ambil manusia yg paling nikmat dalam dunia ini...
segala yg nikmat ALLAH masukkan secelup sahaja ke dalam neraka, lalu dikeluarkan dia..
'Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?'
dia kata, 'Tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini'
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.."

Masihkah kita teringat akan nikmat yg ALLAH berikan selama ini?

"Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yg besar..
satu hamba ALLAH yg patah kakinya.. dulu barangkali tidak pernah teringat tentang nikmat kaki yg setiap hari dia pijak..
Tapi, bila 1 hari dia sakit kaki..
dia kata, 'Ya ALLAH bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik'
dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat..
kata HAMKA, 'Yang ada ini sudah harapan kita'..
yg kita ada ini harapan kita..
Tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yg belum ada, tetapi jgn lupa yg sudah ada!

Bersyukurlah wahai diri ini...

sebab itu sebahagian para sarjana menyubut, syukur kadang kala lebih tinggi maknanya daripada sabar..
ramai org terpaksa sabar, tapi belum tentu org yg dapat nikmat itu bersyukur..
bila dia susah, nak kata apa?
'sabar je la, nak buat apa?'
Tapi untuk menjadikan org yg memiliki harta bersyukur di atas nikmat..
'ya ALLAH, apa sahaja yg aku alami daripada nikmatMu, daripada kurnian, daripada sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melaikan daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran'
SUBHANALLAH
insan jika dia nak bersyukur kepada ALLAH, tak terdaya!

'Jika kamu hendak menhitung nikmat ALLAH, kamu tak mampu'
Surah Ibrahim (14) : 34

bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa Masyaallah hidup ini, apa yg ALLAH kurniakan kpd kita lebih daripada harapan kita sebenarnya..
kalau kita ingat daripada hari kita dilahirkan, tempat kita dilahirkan, rumah kita dilahirkan, hingga tempat kita ada hari ini.. Masyaallah
tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu..

Pesanan Nabi buat umatnya...

'Ketika org-org yg kafir itu mengeluarkan dia ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar yakni Nabi dan Abu Bakar, ketika mereka berada di dalam gua, ketika dia b'kata kpd sahabatnya "لا تحزن، إن الله معنا" "Jangan bersedih,sesungguhnya ALLAH bersama kita"
Surah At-Taubah (9) : 40

1 comment:

REZXwOw said...

tahniah dian atas n3 yg bgus ni... ini la yg ku maksudkan , rezeki itu ada bg semua org kn. aku pun dpt ambil iktibar